Saturday, April 3, 2010

anak murid yang nakal!

assalamualaikum...

alhamdulillah.minggu ni adalah minggu kedua cekgu ifti bergelar guru tuisyen kpd anak2 murid cekgu ifti kat taman paramount tu..awl2 pagi lagi cekgu ifti bangun, setadi sikit untuk ajar budak2 ni..pastu buat apa2 yang patut..

sampai sahaja kat masjid, ade sorang anak murid cekgu ifti melaung nama cekgu dari kejauhan..''cekgu ifti!!!'' lantaran keseganan dengan penghuni2 masjid yang datang beriadah di situ di awal2 pagi, cekgu ifti cuma melemparkan senyum kat bebudak tu...

pastu datang plak si A datang bersalam dengan cekgu ifti.terkesima! lantas bibir cekgu ifti menuturkan..''baiknya budak ni''..pastu cekgu ifti sempat bersenyuman dengan mak cik2 yang sedang melepaskan penat di kerusi di tepi masjid..

cekgu ifti mempercepatkan langkah ke kelas.nampaknya ada pertambahan murid hari ini.menjadikan kelas cekgu ifti agak ramai daripada biasa...xkisahlah!as long as korang ade perasaan nak belajar...cekgu xkisah~

proses pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa.cekgu ifti memberikan mereka latihan dalam masa yang diperuntukkan sebelum proses perbincangan dimulakan.tapi ia terbantut seketika!nampaknya si budak baru sedang menggunakan handset yang tergantung di leher nya...riuh sekelas...cekgu ifti cuba melarang dengan mulut..akhirnya 'naik pangkat' dengan menggunakan tangan (ttp sekadar mengheret mereka ke tempat masing2..anak org, sy xberani buat lebih2!)..akhirnya cikgu iftimengambil keputusan untuk keluar kelas buat sementara waktu..biarlah mereka dengan dunia mereka

lepas 5 minit, cekgu ifti masuk ke kelas dengan berbekalkan buku latihan yang dah siap ditanda jawapan-kerana lagi 5 minit sesi perbincangan akan dimulakan..cekgu ifti memandang muka si B sambil berkata ''no more cell phone start from next week..understand?otherwise i will take it away and give to mr. S!''..tapi si budak ni pandai plak menjawab..''habis tu cekgu henset cekgu?''owh..''cekgu hanya pegang...cekgu xmenelefon sape2 sepanjang kelas berlangsung''..dan dia terus terdiam..owh..budak kl..ade2 sahaja~

subjek BM berlalu..diteruskan dengan kelas Math..kelas agak terkawal dengan kehadiran cikgu Nash...dan keadaan kembali membingitkan seperti biasa untuk kelas Sains..cekgu ifti d xtahan lantas mengheret bag untuk pulang..di pertengahan jalan cekgu ifti menerangkan segala2nya kat mr. S..rasa sakit hati yang timbul telah meruntuhkan batas ego cekgu ifti..saya lemahmenghadapi kedegilan manusia..saya lemah!~

start minggu depan cekgu ifti nekad akan 'mengekuarkan' mana2 pelajar2 yang bising dan suka membuat kacau dalam kelas..dan kepada si B..kalo kamu masih mem'pamer'kan cell fon kamu lagi minggu depan,sendiri mau ingatla..cekgu da warned semuanya~

cekgu ifti nak berusaha menjadi cekgu yang baik..tapi terkadang bimbang emosi akan mengatasi..jangan di cabar saya..air yang tenang jangan disangka tiada buaya, duhai adik2..xkesiankan cekgu xpe..tapi kesiankan mak bapak awk! dan cekgu halalkan semua ilmu yang cekgu da curahkan..insyaAllah..wassalam

p/s1: tolong doakan anak2 murid saya berubah menjadi murid yang baik start dripada minggu depan..plz~

p/s2: i luv papa & mama.i miss u..cant wait to hug u both~

p/s3:awk...thnx bangeeet!:)

p/s4 : selamat bergembire kat kwn2 biohealth yg pi suke2 kat times square...sy xdpt ikut..baik punye plan la korang...da la last minute..sy lak terpaksa ditinggalkan..aiseh!


0 comments:

Post a Comment